"KRRRIINNGG!!!"Bunyi deringan loceng berbunyi nyaring.Inilah waktu yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid sekolah tersebut.Masa untuk rehat.Semua pelajar mula bersurai dari kelas.termasuk tiga orang gadis yang sedang bergelak ketawa menuju ke arah kantin sekolah.
"Kau nampak tak bile Mr.Lion panggil Azrul tadi?"
"Nampak-nampak!Macam muka orang sembelit!"Sekali lagi ketawa mereka bertiga bergema.tidak dihiraukan pandangan orang lain.
"Tulah..sape suruh tidur time Mr.Lion mengajar.Sekarang,padan muka!"Gadis berambut toncang satu itu tersenyum sinis.
"Kalau budak sorang tu,kau berilah nasihat bertan-tan pun,macam ler dia nak dengar!"Gadis yang emmakai cermin mata itu menyampuk geram.
"Eh-eh!Jap.Erkk..give me five minute,please.Toilet."gadis yang ketiga berlalu dengan tergesa-gesa.
Masuk tandas guru pun jadilah!Tak sempat dah niii...Hatinya berbisik resah.
Setelah selesai 'melabur dengan bijak',gadis itu berniat untuk keluar.Buat apa nak berlama-lama dalam tandas?Nak buat kawan dengan syaitan ke?Huisyh!
Tapi belum sempat kunci pintu dibuka,terdengar suara dua orang guru perempuan.Terus nak jadi 'detetktif tak berdaftar' kat dalam tandas tu.Telinganya dilekapkan pada pintu tandas.
"Betul,Ji!Aku nampak sendiri fail pasal budak tu.Dia start belajar kat sini mulai esok."
"Betul ke?Tapi aku peliklah..buat ape anak Tan Sri Fakhrul tu belajar kat sekolah kita yang biasa-biasa ni?"
"Yang tu,aku tak tau.Tapi,budak tu handsome sangat!Aku yang umur nak dekat 30 ni pun,terpikat lagi dengan budak tu."
"Laahhh..lelaki ke?Aku ingat perempuan."Serentak itu terdengar rengusan kasar dari seorang lagi.
"Kalau perempuan buat apa aku nak excited macam ni!"Gadis di dalam tandas itu terus mencebik.Cikgu manalah yang gatal sangat tu.Aku kasi report kat pengetua karang!
"Then,aku bace profil dia...Budak tu kacukan tiga negara!Melayu,Korea dan Amerika.Kulit dia putih,lepas tu mata bulat tapi warna hazel.Hidung mancung.Yang aku tak tahan,Ji...bibir dia seksi gila!"
Gadis yang ketiga itu hampir ternganga.Mahu sahaja dia terjah perbualan kedua-dua orang guru itu.Apa kes,pergi tenung bibir anak teruna orang!Pervert.Kan dah terjadi perlakuan mengutuk-guru-sendiri.Ish,ish,ish..
"Macam mana pulak dari Korea terus ke Amerika tu?"
"Aku tak hairan sangatlah pasal tu.Bapak dia keliling dunia dah banyak kali.Tapi takdelah sampai kat Antartik,Antartika semua tu.Banyak duit,semua boleh buat."Terdengar seolah-olah bedak compaque ditutup.
"Ji!Pasal ni,kau jangan bagitau sape-sape ye?Sebab hal ni,pengetua suruh aku rahsiakan.Atas permintaan ayah budak tu sendiri.
"Apa ke pelik sangat permintaan tu?"
"Papejelah.Tapi ingat,jangan bagitahu sesiapa pasal ni?"
"Yelah,yelah.Dah,jom!"Serentak itu bunyi tumit kasut semkain menghilang dari pendengaran gaids yang terleka dengan segala maklumat rahsia itu.
Tapi,senyuman lebarnya pasti tidak dapat disembunyikan lagi!Di kepalanya,sudah terbayang wajah penuh teruja kedua-dua rakannya itu.
***
"Betul!lu tak caya sama gua ke amoi?Haiyyaaa.."Dia menepuk dahi kuat.Macam mana lagilah nak buat supaya budak dua orang ni percaya cakapnya.
"Dei..apek!bukan aku tada mau percaye...cuma tak logiklah,Zie!"Rakannya mengerutkan dahinya.
"Betul tak,Lina?"Tapi tiada sahutan.
Gadis itu berpaling.Patutlah tak menjawab,sibuk makan rupanya minah tu.
"Lina..Lina!"Lina memandang ke hadapan.Muka rakannya yang ala-ala Hulk betina tu dipandang dengan senyuman tak berapa nak menjadi.
"Eheee...relakslah,kawan.Pasal mamat tu,kau orang tak payahlah nak serabutkan kepala.Lagipun,Zie..mustahil lah kalau anak Tan Sri Fakhrul a.k.a lelaki yang ketiga terkaya di negara ni,tiba-tiba belajar kat sekolah kita yang...."
"unbeautiful..!"Pantas sahaja gadis berambut toncang satu itu menyampuk.
"Mustahil atau tak,masalahnya mamat tu memang bakal belajar kat sini!You don't trust me Lina and Hana?"
"Bukan,macamtu...tapi.."Zie menjungkitkan kening menanti ayat seterusnya dari Hana.Tetapi gadis itu menghadiahkan senyuman kerang expired date nya.
"tapi..memang pun!"Zie menjengilkan matanya.
"Sampainya hati korang..penat aku cerita dari A hingga Z pasal mamat tu.Tapi satu mikro pun korang tak percaye?"Dia mula membuat alunan suara sedinhnya.
"Dah-dahlah...now time to istirehat...so buat ape nak peningkan kepala pasal hal tu.Entah-entah cikgu tu cuma dengar khabar angin je kot."
Zie masih tak puas hati.Kedua-dua rakannya dipandang tajam.Sampai hati tak percaya kawan sendiri.
"Cukup-cukuplah buat perangai tak matang kau tu.Jomlah balik kelas!Habis masa rehat aku semata-maat nak dengar cerita dongeng kau tu."Hana dan Lina berjalan seiringan menuju ke kelas.
Zie memandang kelibat rakan-rakannya itu dengan pandangan tajam. Tengoklah!Nati aku buat korang percaya,baru kau tahu ni kisah dongeng atau realiti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan