"Stand up,class!Thank you teacher."Ucapan itu diulangi oleh murid-murid lain.Selepas guru Bahasa Inggeris itu keluar,terus sahaja kelas itu bertukar menajdi kelas 'pasar malam'.Sekelompok kat sana,sekelompok kat sini.Sekali tengok dah macam kaum nomad pun ade.
Termasuklah tiga orang gadis yang sedang sibuk berbual di belakang kelas.
"Zie,Hana!Lepas ni jom lepak kat rumah aku.Mak aku buat lauk special harini."Hana dan Zie mula terbayang ayam yang bergolek-golek,mi tomyam,seafood dan pelbagai lagi makanan yang sedap.
Tiba-tiba Zie mencebik geram.
"Apesal kau ajak hari ni?Hari ni mak aku ajak pergi teman dia beli barang dapur."
"Alah...pulak!Takde rezekilah kau,Zie."Lina tersengih.
"Memandangkan topik tu bakal spoil our mood,so..change the subject!"Zie mengarah pantas.Padahal pernyataan spoil itu lebih kepadanya.
"Hah!pernah tak korang terfikir macam mana rupa 'Forbidden Park'?Misteri betul kan?"Hana mengerutkan dahinya.
"Memang!First day kita kat sekolah ni pun dah kene warning awal-awal.Entah apalah yang pengetua sembunyikan kat dalam taman rahsia dia tu."
"Entahlah.Aku terbayang yang dia sembunyikan mayat yang mereput kat dalam taman tu!"Hana dan Zie menampar bahu Lina kuat.
"Agak-agaklah,kawan!Nak imagine pun,janganlah sampai terlebih ekstrem."
"Yela!Kau ni,Lina.Melebih je.Tapi..."
"Korang tak terasa nak pecah masuk ke?"
Mata kedua-dua rakannya terbuntang apabila mendengar rancangan gila Zie.
"Kau pergi sensorang.tak hingin aku mengadap muka pengetua yang ala-ala raksasa jadian tu.Maunya aku jadi zombi tujuh keturunan sebab kena tengking nanti."Zie mencebik.
"Korang penakutlah!"
Lina menepuk kuat meja.
"Tak payahlah kau nak buat statement mencabar minda dan akalku tu.Kalau kau berani sanagt,pergilah!Tapi ingat..aku tak kata aku takut."Sempat lagi Lina meng'cover' keberaniannya yang tak seberapa itu.
"Hah,yela!Sampai hati kau kecewakan keinginan sahabatmu ini.Kata sehidup,semati.Sama-sama susah,sama-sama senang."
Hana dan Lina mencebik sambil membuat muka tak bersalah.
"Kalau kes kau ni,ada pengecualian untuk peribahsa macam tu.Sebab kau saja cari pasal,kononnya keberanian nak mengahadap muka pengetua yang 'kiut' lagi 'miut' tu tinggi sangat."
Belum sempat Zie membalas,kedengaran suara nyaring rakan sekelasnya yang lai menandakan guru seterusnya sudah menapak ke kelas.Maka tunjuk muka tak puas hati jelah yang dia mampu.
**
Tapak kakinya menapak laju kearah lorong yang di kiri dan kanannya hanyalah dipenuhi oleh pokok-pokok yang rapat dan terjaga rapi.Susunan pokok itu sangat kemas dan rapat sehinggakan sukar untuk dia bernafas pada ruang lorong yangs sangat kecil itu.
Tetapi dalam diam,dia sendiri buntu.Kemanakah arah kakinya ini?Mengapa dia begityu yakin untuk terus menapak ke arah laluan ini?Kenapa tiba-tiba dia berada disini?Dan...bukankah ini lorong ke arah kawasan larangan sekolah iaitu 'Forbidden Park'?
Sampai sahaja di penghujung jalan,kakainya berhenti mendadak.Simpang?Simpang dua ini amat mengelirukannya.Lama dia termangu di situ.
\
Tiba-tiba..kabus yang tebal menutupi penglihatannya.Nafasnya sesak.
Di celah-celah kebuntuannya itu,dia melihat bayang seorang lelaki menuju ke arah suatu arah.Tetapi hanya pandangan belakang badan lelaki itu sahaja yang mampu ditangkap oleh matanya di tengah-tengah kesamaran itu.
Serentak itu,kakinya cuba berjalan ke arah yang sama.Tetapi belum sempat dia berjalan lima langkah,tiba-tiba badannya seolah-olah tenggelam ke dalam sebuah lubang hitam.Dalam kegelapan itu,terasa badannya ditarik kuat.
Dia meronta sekuat hati.Sekuat hati sehinggakan....
"DBBUUKK!!"
"Aaaargghhh!!!"jeritannya nyaring menggegarkan ruang bilik tidurnya.Badannya terlentang di atas lantai.
Suasana yang gelap mula berubah dan terlihatlah...
"Bilik aku?Eh.."Dalam mamai dia bangun tegak seterusnya melabuhkan punggungnya yang sakit itu ke atas katil empuknya.
Otaknya cuba diproses sebaik mungkin.Apbila sudah diingati,sepantas kilat dan menggeleng kepala.Mimpi rupanya.Gila!
Dah banyak kali dia bermimpi benda yang sama.Apakah petanda ini?
"Zie..!!!Buat ape tu,sampai menjerit-jerit tadi?"Suara lantang emaknya terdengar dari luar bilik.
"Takde ape!All is well."Matanya dilirikkan ke arah jam loceng sebelum ia terbuka luas.
"Makk!!!All is bad..!!!Kenapa tak kejutkan Zie?"Selimut yang berada dibadannya di campak kasar ke atas katil.
"Mak dah ketuk pintu tu,sampai nak berlubang!Takkan ler nak suruh mak terajang terus pintu bilik kamu tu?"Ngeee...ganas jawapan Puan Zailah a.k.a mak Zie tu.
"Alamak!Mampus aku.10 minit lagi.All is bad..!!!"Tuala dicapai dan terus mengarah masuk ek dalam bilik air.
e-novel ye..? good luck.. ;)
BalasPadam